TANDA-TANDA KIAMAT

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary
berkata, sewaktu kami sedang
berbincang, tiba-tiba datang Nabi
Muhammad s.a.w. kepada kami
lalu bertanya, "Apakah yang kamu
semua sedang bincangkan.?"Lalu
kami menjawab, "Kami sedang
membincangkan tentang hari
Kiamat." Sabda Rasulullah s.a.w.
"Sesungguhnya kiamat itu tidak
akan terjadi sebelum kamu melihat
sepuluh tanda :-
· Asap
· Dajjal
· Binatang melata di bumi
· Terbitnya matahari sebelah
barat
· Turunnya Nabi Isa a.s.
· Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
· Gerhana di timur
· Gerhana di barat
· Gerhana di jazirah Arab
· Keluarnya api dari kota Yaman
menghalau manusia ke tempat
pengiringan mereka.
Dajjal maksudnya ialah bahaya
besar yang tidak ada bahaya
sepertinya sejak Nabi Adam a.s.
sampai hari kiamat. Dajjal boleh
membuat apa sahaja perkara-
perkara yang luar biasa. Dia akan
mendakwa dirinya Tuhan, sebelah
matanya buta dan di antara kedua
matanya tertulis perkataan 'Ini
adalah orang kafir'.
Asap akan memenuhi timur dan
barat, ia akan berlaku selama 40
hari. Apabila orang yang beriman
terkena asap itu, ia akan bersin
seperti terkena selsema, sementara
orang kafir pula keadaannya seperti
orang mabuk, asap akan keluar dari
hidung, telinga dan dubur mereka.
Binatang melata yang dikenali
sebagai Dabatul Ard ini akan keluar
di kota Mekah dekat gunung Shafa,
ia akan berbicara dengan kata-kata
yang fasih dan jelas. Dabatul Ard
ini akan membawa tongkat Nabi
Musa a.s.dan cincin Nabi Sulaiman
a.s.
Apabila binatang ini memukulkan
tongkatnya ke dahi orang yang
beriman, maka akan tertulislah di
dahi orang itu 'Ini adalah orang
yang beriman'. Apabila tongkat itu
dipukul ke dahi orang yang kafir,
maka akan tertulislah 'Ini adalah
orang kafir'.
Turunnya Nabi Isa. a.s. di negeri
Syam di menara putih, beliau akan
membunuh dajjal. Kemudian Nabi
Isa a.s. akan menjalankan syariat
Nabi Muhammad s.a.w.
Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar,
mereka ini merupakan dua
golongan. Satu golongan kecil dan
satu lagi golongan besar. Yakjuj dan
Makjuj itu kini berada di belakang
bendungan yang dibangunkan oleh
Iskandar Zulqarnain. Apabila
keluarnya mereka ini, bilangannya
tidak terhitung banyaknya, sehingga
kalau air laut Thahatiah diminum
nescaya tidak akan tinggal walau
pun setitik.
Nabi Muhammad s.a.w. telah
bersabda, " Hari kiamat itu
mempunyai tanda, bermulanya
dengan tidak laris jualan di
pasar, sedikit sahaja hujan dan
begitu juga dengan tumbuh-
tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi
di merata-rata, memakan riba,
banyaknya anak-anak zina,
orang kaya diagung-agungkan,
orang-orang fasik akan bersuara
lantang di masjid, para ahli
mungkar lebih banyak menonjol
dari ahli haq"
Berkata Ali bin Abi Talib, Akan
datang di suatu masa di mana Islam
itu hanya akan tinggal namanya
sahaja, agama hanya bentuk sahaja,
Al-Quran hanya dijadikan bacaan
sahaja, mereka mendirikan masjid,
sedangkan masjid itu sunyi dari
zikir menyebut Asma Allah. Orang-
orang yang paling buruk pada
zaman itu ialah para ulama, dari
mereka akan timbul fitnah dan
fitnah itu akan kembali kepada
mereka juga. Dan kesemua yang
tersebut adalah tanda-tanda hari
kiamat."
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. ,
"Apabila harta orang kafir yang
dihalalkan tanpa perang yang
dijadikan pembahagian bergilir,
amanat dijadikan seperti harta
rampasan, zakat dijadikan
seperti pinjaman, belajar lain
daripada agama, orang lelaki
taat kepada isterinya,
menderhakai ibunya, lebih rapat
dengan teman dan menjauhkan
ayahnya, suara-suara lantang
dalam masjid, pemimpin kaum
dipilih dari orang yang fasik,
oarng dimuliakan kerana
ditakuti akan tindakan jahat dan
aniayanya dan bukan kerana
takutkan Allah, maka kesemua
itu adalah tanda-tanda kiamat.

Post a Comment

Lebih baru Lebih lama